Sebagai orang Islam, saya tak perlu sembahyang. Tapi di mana-mana masjid saya sering terjumpa perkataan seperti dewan sembahyang, sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Balik ke rumah mak bapak pulak, mereka akan tanya untuk mengingatkan saya...adakah kamu dah sembahyang?. Tapi yang saya tahu dan faham....sebagai orang Islam...kita tak wajib sembahyang bahkan dilarang sembahyang.
Orang Hindu pun sembahyang, orang kristian pun sembahyang, yang menganut agama Bahai pun sembahyang, apalagi Buddha...mereka juga sembahyang. Tapi kenapa umat Islam tak perlu sembahyang. Apa makna sembahyang. Ia berasal daripada dua perkataan iaitu sembah dan yang. Mengikut kamus dewan edisi keempat, Sembah bermaksud memberi penghormatan kepada seseorang. Yang pula merupakan salah satu kata penghubung dalam bahasa Melayu. Oleh itu sembahyang bermakna memberi penghormatan kepada seseorang atau lebih daripada seorang. Justeru itu jika umat Islam bersembahyang...beerti mereka juga sama seperti penganut agama lain yang memiliki lebih daripada satu tuhan dan ada benda yang disembah.
Sebagai umat Islam, saya sememangnya dilarang bersembahyang..tetapi diWAJIBkan berSOLAT. Solat merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab yang bermakna sejahtera. Ini bermakna sesiapa yang bersolat, kita akan beroleh kesejahteraan dan kelapangan dalam hidup. Semasa melakukan solat, kita sebenarnya sedang berdialog dengan Allah. Kita memuji dan memuja kebesaran Allah. Oleh kerana solat itu bermakna sejahtera...maka kepada sesiapa yang melakukannya...maka kita akan peroleh kesenangan hidup.Segala urusan akan menjadi lebih mudah.
SO......SEBAGAI UMAT ISLAM.....KITA TAK BOLEH SEMBAHYANG.....
TETAPI WAJIB MENUNAIKAN SOLAT.......wallahu'allam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan