Selamat Datang ke Sembang Orang Gunung

Ruangan ini aku bina untuk berkongsi pendapat, maklumat dan perasaan.....bukan tempat untuk berkongsi fizikal...heheheh....so...jangan sekali-kali menggunakan bahasa yang kurang sopan atau yang boleh menghina mana-mana agama mahupun bangsa

Sabtu, 3 September 2011

Semuanya kerana Allah mengizinkannya

Alhamdulillah.....tepat jam 11.50 malam...mengikut catatan masa di komputer riba....aku akhirnya berjaya membina sebuah blogspot untuk ku jadikan tempat berkongsi maklumat dan pandangan mengenai isu-isu semasa atau apa sahaja. Memiliki blogspot sendiri telah lama aku idamkan...tetapi seringkali gagal kerana aku kurang faham arahan yang diberikan. Sebelum ini aku ada sebuah blog tetapi pendaftaranya bukan aku yang buat tetapi abang aku. Dan sebelum ini kira-kira 12 tahun lalu aku memiliki sebuah laman web sendiri iaitu http://www.hadzyan.....entah...aku pun dah tak ingat urlnya. Laman web itu hanya bertahan selama lebih kurang setahun lapan bulan sahaja. Kehebatan laman web aku itu dulu ialah aku berjaya membuat templat ruang utk chating....dan ia menjadi tempat chating yg hangat suatu masa dulu. Namun itu semua telah menjadi sejarah kerana menjadi mangsa hackers.

Apapun yang berlaku.....aku percaya...ini semua adalah kerana ketentuan Allah jua....DIA yang mengizinkan aku untuk berblogging pula kali ini setelah 12 tahun menyepi dpd dunia maya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan